Saya selalu rasa, bahawa saya terlampau banyak keinginan. Macam-macam keinginan. Tapi saya perlu tahu, saya bukan insan serba boleh. Dijadikan sebagai khalifah di muka bumi ini pun ada sebabnya bukan? Kita bukan hidup untuk bergembira sahaja. Tapi tidak salah untuk punyai keinginan dan harapan.
Kadang-kadang, saya harap sangat saya pandai melukis. I mean, drawing someone's face, scenery, animals and things like that. Or taking good pictures for example as well as good in editing. Bukan saya tak pandai melukis, cuma saya hanya pandai lukis lukisan-lukisan bodoh sahaja. Lagi seronok jika dapat pursue my studies in architecture, itulah, dulu dah dapat tapi tak pergi. Menyesal tak sudah. Jadi arkitek dalam angan-angan. They said, people who can't draw, do photography. Tapi itu nanti-nanti lah saya usahakan. Sebab photography tengah trend and it is the in-thing now. Jadi saya segan. Sebab nampak macam poyo.
Saya juga berharap sangat saya hot dan ramai orang nak kawan dengan saya. Bila hot, mungkin saya boleh selalu membuang masa di pub-pub eksklusif sambil banyak mata-mata yang memandang kerana mesmerized and awed by the hotness instead of pandang-pandang kerana pelik "apa budak hodoh ini buat di sini?".
Berharap juga, mempunyai otak yang bergeliga. Tak perlu lah saya bekerja keras untuk dapat 3.5 keatas untuk belajar accounting ini yang bukan saya punya pilihan hati tetapi pilihan market. Mengapa market? Mengapa saya sanggup buat? Kerana bagi saya, biarlah saya bersusah payah sekarang, buat sesuatu yang bukan saya suka tetapi, dengan ijazah accounting ini, saya senang nak cari kerja. Kerana iyelah, saya bukan golongan-golongan happening, mesti saya lebih suka kerja di pejabat dan mengadap computer. Saya nerd. Saya tahu, classmates saya juga kadang-kadang cakap saya ni terlampau rajin suka pergi library. Mungkin sebab cintahati tidak belajar di tempat yang sama. Jika tak, aku pun sama naik.
Selain itu, saya juga berharap yang saya ini kaya. Jika kaya, tak perlu bersusah payah nak kumpul duit beli sesuatu. Mintak sahaja kepada mak atau ayah. Kan senang. Bukan mak ayah saya orang susah, cuma saya tak suka mintak-mintak barang lalu menyusahkan mereka. Saya rasa kita sudah dewasa dan tahu menilai. Mereka sendiri bersusah-payah waktu muda to achieve the current living, I just think it is unfair to them if keep on spoiling ourselves. I think I have to do my part of learning about life to feel how it is like to live like the unfortunate ones. Kalau kaya, mungkin saya boleh membuang duit Pavilion, The Gardens dan pusat membeli-belah sewaktu dengannya. Kan seronok jika boleh beli-belah di Marc Jacobs ataupun segala baju-baju yang ada dalam In Style magazines. (tak main lah baca cleo,iklan je lebih tak cantik pula tu)
Agak bagus juga jika saya ini lebih suka duduk di rumah dan beribadat di samping meluangkan masa bersama keluarga. Sekarang saya sedar, keluarga saya sangat rapat dengan saya rupanya. Mereka bestfriends baru saya selain cintahati yang juga merupakan girlfriend, bestfriend, boyfirend, shopping friend, makan-makan friend, kamus, ensyclopedia dan semua lah.
Jadi sekarang mahu apa lagi? Biasalah, manusia tidak pernah cukup. Tapi sebenarnya saya sudah cukup bersyukur dengan apa yang saya ada. Lebih baik begini. Jika terlampau inginkan semua, baik tak payah hidup. Because a person is already rich if he/she knows how to live thier life and being thankful of what she/he has without craving for more.
Maaf jika banyak berbahasa melayu, biasalah, saya kan orang melayu, hidup cara melayu, makan nasi dan budu hari-hari, dan semuanya melayu lah. Kecuali saya bukan melayu malas.
p/s: Sebenarnya sebab grammar saya agak teruk semenjak tiga menjak ini. Dah lama tak membaca buku. Oleh itu, lebih baik berbahasa melayu agar tidak mengelirukan orang. Tak perlu ikut trend.
3 comments:
hahaha nak tulis bahasa melayu pun rasa bersalah? ish ish ish semua org mengidam mcm tu..saya pun nak awek lawa la mcm ni hahahaha.
eee!!! suka hati aku lah! eeeee
wehee~
besh je :)
owh2, xtau.
maen amek je link2 others ^^
Post a Comment